Wednesday, May 8, 2013

JEMPUTAN MENYERTAI ZINE BERTAJUK "SURAT UNTUK KEKASIH IMAGINARI"

Kami ada merancang untuk menerbitkan zine baru. Cadangnya, kalau banyak penyertaan, diterbitkan menjelang akhir bulan ini. Kami sertakan butiran di bawah.

i) Zine ini akan diberi nama "SURAT UNTUK KEKASIH IMAGINARI".

ii) Anda hanya perlu menulis teks ucapan atau karangan untuk seorang pakwe atau makwe yang anda tak mungkin akan dapat pikat. Atau anda idamkan seorang pakwe atau makwe yang tapi tak terluahkan. Ini platform anda untuk luahkan. Bebaskan. Suarakan. Untung untung pakwe atau makwe yang ditujukan mendengar isi hati anda.

iii) Ini bukan cerpen atau kispen. Karangan ini hanya melibatkan anda dan kekasih imaginari anda sahaja. Ala, macam anda tulis surat cinta lah. Apa yang anda borakkan, apa yang anda suarakan di dalam surat ini, terpulang kepada anda sendiri. Jangan terlalu taksub. Rileks rileks je. Guna bahasa yang elok.

iv) Anda boleh hantar sebanyak mana penyertaan yang anda mahu (sebab saya tahu anda ada ramai kekasih imaginari) kepada pihak kami dan kami akan buat shortlist 20 surat terbaik supaya zine ini nanti punya banyak rencahnya.

v) Panjang surat tak melebihi 500 patah perkataan. Hantar penyertaan anda dengan tajuk "SURAT UNTUK KEKASIH IMAGINARI" ke : fikri.misti@gmail.com . Tiada tarikh tutup. Kami sedia menerima seberapa banyak penyertaan sehingga kami dapat 20 surat yang kami nak.

vi) Setiap penyertaan yang terpilih akan menerima 2 copies zine bila dah siap kelak.

Ayuh, sertai kami...!

No comments:

Post a Comment